Selamat datang


Blog ini adalah ruang untuk penulis berkongsi sebarang maklumat, tips dan info berkenaan topik keibubapaan.

Saat hadirnya janin ke dalam rahim seorang wanita, sehingga lahirnya ke dunia ini bermulalah episod pasangan suami isteri itu sebagai ibu dan bapa.
Dari penjagaan diri dan rohani ketika mengandung dan melahirkan sehinggalah kepada makanan, pakaian serta ilmu yang diberikan ibubapa kepada si anak selepas lahir,
semua itu adalah dari satu ruang lingkup yang sama. Tanggungjawab dari Allah untuk dua insan bertuah yang diberi peluang untuk bergelar ibu dan bapa.

Orang lihat mudah, tapi sebenarnya tidak.
Sering tersungkur dan tersadung.
Rasa kecewa dengan diri.
Namun bangkitlah duhai ibu, sedarlah wahai bapa.
Kerana di mata anak-anak, kita adalah insan terhebat!



-Maisa Ishak-
Didikan Terbaik Bermula Dari Rumah

Wednesday, November 26, 2014

Kenapa pepatah kata 'Sharing is Caring'?

Bila kita baru dengar ceramah dan kongsikan, kita mahu orang lain juga turut amalkan.
Bila kita ada buat silap dan kongsikan, kita mahu orang lain tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan.
Bila kita mendapat formula-formula kejayaan dan kita kongsikan, kita mahu orang lain turut berjaya.
Bila kita mendapat info menarik dari buku-buku yang kita baca dan kongsikan, kita mahu orang lain turut tahu info tersebut.


Walaupun dia tidak membaca,
Walaupun kita belum berjaya,
Walaupun kita sendiri masih buat silap,
Walaupun kita sendiri belum amalkan.


Kerana sedikit ilmu yang kita kongsikan,
Mungkin bermakna untuk orang lain.
Kerana sedikit maklumat itu, besar bagi orang benar-benar mencari.
Jangan segan dengan ilmu di dada yang mungkin sedikit, mana tahu dengan perkongsian itu kita akan jadi makin pandai.


-Maisa Ishak
Didikan terbaik bermula dari rumah