Selamat datang


Blog ini adalah ruang untuk penulis berkongsi sebarang maklumat, tips dan info berkenaan topik keibubapaan.

Saat hadirnya janin ke dalam rahim seorang wanita, sehingga lahirnya ke dunia ini bermulalah episod pasangan suami isteri itu sebagai ibu dan bapa.
Dari penjagaan diri dan rohani ketika mengandung dan melahirkan sehinggalah kepada makanan, pakaian serta ilmu yang diberikan ibubapa kepada si anak selepas lahir,
semua itu adalah dari satu ruang lingkup yang sama. Tanggungjawab dari Allah untuk dua insan bertuah yang diberi peluang untuk bergelar ibu dan bapa.

Orang lihat mudah, tapi sebenarnya tidak.
Sering tersungkur dan tersadung.
Rasa kecewa dengan diri.
Namun bangkitlah duhai ibu, sedarlah wahai bapa.
Kerana di mata anak-anak, kita adalah insan terhebat!



-Maisa Ishak-
Didikan Terbaik Bermula Dari Rumah

Thursday, August 1, 2019

Anak: Hadiah yang Dinanti

Semalam 31 July 2019, berkesempatan meraikan anak-anak ke jualan POPULAR di IPC. Tertarik dengan buku tulisan Dr M. Sharif Chaudry tentang Family Planning in Islam.

Baru 2,3 page. Banyak ilmu baru belajar, sebabnya penulis highlight ayat AlQuran yang Mai tak pernah jumpa. MashaAllah Subhanallah.

Ini antaranya: 

Surah Ash-Shura, Verse 49:
لِّلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki,
(Indonesian)

dan, 

Surah Ash-Shura, Verse 50:
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(Indonesian)


via iQuran

Subhanallah. jelas sekali maksudnya. anak lelaki ke perempuan, atau kedua-duanya, atau tiada anak sekalipun. Allah lah yang Mengetahui. Allah punya Kuasa. Kita tiada apa-apa. 

Ada anak UJIAN.
Tiada anak juga UJIAN.
Anak semua lelaki UJIAN.
Anak semua perempuan juga UJIAN.
Anak lelaki juga perempuan UJIAN.

Setiap UJIAN ini bukan penanda aras kita LEBIH atau KURANG dari orang lain.
UJIAN ada anak PEREMPUAN sahaja dengan UJIAN yang TIADA anak, bukan penanda yang tiada itu kurang, yang ada itu hebat. KITA SEMUA DIUJI untuk RESULT di hari AKHIR nanti.

ALLAH MAHA BAIK. Hanya yang melalui semua UJIIAN dengan sabar yang akan BERJAYA.
InsyaAllah.

Semoga ALLAH bantu kita menghadapinya. 



#notamaisa