Selamat datang


Blog ini adalah ruang untuk penulis berkongsi sebarang maklumat, tips dan info berkenaan topik keibubapaan.

Saat hadirnya janin ke dalam rahim seorang wanita, sehingga lahirnya ke dunia ini bermulalah episod pasangan suami isteri itu sebagai ibu dan bapa.
Dari penjagaan diri dan rohani ketika mengandung dan melahirkan sehinggalah kepada makanan, pakaian serta ilmu yang diberikan ibubapa kepada si anak selepas lahir,
semua itu adalah dari satu ruang lingkup yang sama. Tanggungjawab dari Allah untuk dua insan bertuah yang diberi peluang untuk bergelar ibu dan bapa.

Orang lihat mudah, tapi sebenarnya tidak.
Sering tersungkur dan tersadung.
Rasa kecewa dengan diri.
Namun bangkitlah duhai ibu, sedarlah wahai bapa.
Kerana di mata anak-anak, kita adalah insan terhebat!



-Maisa Ishak-
Didikan Terbaik Bermula Dari Rumah

Friday, January 10, 2020

Montessori: Normalization vs Deviation versi Mai

Alhamdulillah,

Allah beri izin Mai dijumpakan dengan artikel ini, jadi ini nota versi Mai bagi mudah hadam. (untuk Mai khususnya yang lambat nak digest)

Being a parents is a tough journey actually. Ada satu masa ianya manis-manis belaka, ada masanya juga ada tangis dan duri sehinggakan menjadi naga #makkohijo. Ianya bagaikan love-hate relationship.

Dalam Montessori ia ditafsirkan begitu indah dan penuh simbolik. Normalization and Deviation.

Hari-hari yang indah digambarkan oleh Dr Maria sebagai normalisation, anak-anak in a good mood, ibubapa juga begitu. Hari-hari yang indah ini, jika diteliti, anak-anak membuat kerja mereka dengan  gembira. Mereka mampu fokus dan memberi tumpuan penuh pada kerja tersebut sehingga boleh disiapkan. Proses ini jika dilengkapkan dan diulangi hari demi hari dengan mood yang sama, boleh meningkatkan disiplin pada diri anak dan juga meningkatkan social skill dalam diri anak-anak.

Bagaimana social skill anak boleh meningkat?

Satu persatu kerja yang berjaya disiapkan pastinya mempunyai pelbagai cabaran yang mampu anak tangani dengan tenang. Antaranya: sabar ketika mengumpulkan maklumat, menghormati rakan-rakan sepermainan, membantu dan mempunya empati kepada orang lain serta kepuasan menghabiskan kerja yang dinikmati bersama rakan-rakan sepasukan. Ayat gah kan? Anda cuba tafsirkan dalam dunia kanak-kanak. Mesti boleh feel. Setiap skill ini kita tak perlu paksa anak untuk capai setiap masa. Its ok, one at a time. Cuba lagi next time kan?

Saya suka tengok anak-anak ketika di playground. Mula-mula anak-anak observe, masuk line sikit demi sikit, baru boleh get along sehingga time nak balik. Along the way, ada anak menangis, anak bergaduh, jealous dan sebagainya. Cabaran ini akan meningkatkan social skill anak. Ia bergantung juga bagaimana kita, sebagai adult iaitu pembimbing anak membantu anak menyelesaikan cabaran tersebut. Kita masuk campur? Nasihat? Beri peluang anak buat keputusan? Marah? atau Beralah. Sedikit sebanyak characteristic anak akan berkait dengan respon kita sebagai insan paling rapat.

Deviation adalah vice versa kepada normalisation. Ia spoiler. Boleh menbantutkan proses normalisation. Dalam kes di playground, anak anda tidak sama pendapat dengan rakan sepermainan.
Deviation adalah reaksi anak untuk isu tersebut, anak boleh bergaduh (violence-show by the Strong) atau takut dan menangis (show by The Weak). Bagaimana pula peranan kita sebagai pembimbing?
Masuk campur dan mengenepikan peranan anak sebagai orang yang terlibat dalam masalah tersebut (fostered by adults) boleh menyebabkan attachement yang kuat antara anak dan anda. Ia bukan attachment yang baik ya, jika kerap terjadi boleh menyebabkan self-confidence anak lemah dan anak menjadi bergantung kepada anda jika berhadapan dengan masalah.

Bukan pula maksud Mai untuk anda lepas tangan jika anak hadapi masalah, cuma tengok keadaan. Jika semakin buruk, parents perlu interrupt juga. =)


Mai tertarik dengan info dalam topik deviation fostered by adults. Anak-anak perlu dianggap sebagai manusia yang mempunyai hak dan perlu didengari. Apabila kita abaikan point ini, kita ketepikan mereka, distract mereka dengan dunia lain menyebabkan mereka seolah-olah tidak diperlukan. Maka jiwa mereka kosong, dsan mereka perlu dihiburkan selalu. Bagaimana? toys demi toys yang akhirnya dicampak-campak dan tidak dihargai, attach dengan phone/ game/tv dan computer. Mereka tidak betah dengan real world.

Semua ini perlu bantuan dari kita sebagai parents, pendidik. Perhatikan anak anda, put aside segala emosi kemudian baru cari penyelesaian kepada anak-anak anda.

Wallahualam. Maafkan jika maklumat tidak tepat ya.


Maisa Ishak
Didikan Terbaik Bermula Dari Rumah


No comments:

Post a Comment