Ini kisah anak ketiga kami. Muhammad Naufal.
Untuk dua anak teratas, Mai mula ajar membaca secara istiqamah beberapa bulan sebelum mereka ke taska. Bermakna sebelum 5 tahun kedua-duanya sudah boleh membaca ayat ringkas dalam bahasa dan English. Mai tak setkan target yang tinggi untuk mereka, cukup untuk kenal suku kata ringkas bagi memudahkan para pengajar di taska nanti. Kaedahnya juga berbeza kerana kedua-duanya sudah kenal huruf.
Naufal berbeza kerana, ketika ini kami sudah berkenalan dengan Glenn Doman. Huruf tiada significant dalam kebolehan anak membaca. Sebaiknya galakkan anak membaca dengan kefahaman terhadap perkataan itu sendiri.
Kami pernah cuba flash cards dan suku kata phonics, tapi tidak istiqamah. Namun baru-baru ini, Naufal sering mengusung buku cerita Didi dan mengajak saya membaca bersama. Dan satu hari dia meminta untuk ajarnya membaca.
Di sini kuncinya. Anak sudah tahu, dia nak membaca. Dia perlu tahu kenal perkataan-perkataan dari buku tersebut untuk membaca. Dari sini jika betul rangsangannya dia akan semakin berminat dan prosesnya lebih mudah.
Jika anak kawan-kawan sudah menunjukkan minat untuk membaca, tidak kira berapa pun usianya. Terus mulakan. Ketika ini minatnya di tahap tertinggi. Jangan sia-siakan ya.
Next post Mai ceritakan bagaimana Mai mulakan dengan bacaan Naufal dengan buku ini.
No comments:
Post a Comment