Selamat datang


Blog ini adalah ruang untuk penulis berkongsi sebarang maklumat, tips dan info berkenaan topik keibubapaan.

Saat hadirnya janin ke dalam rahim seorang wanita, sehingga lahirnya ke dunia ini bermulalah episod pasangan suami isteri itu sebagai ibu dan bapa.
Dari penjagaan diri dan rohani ketika mengandung dan melahirkan sehinggalah kepada makanan, pakaian serta ilmu yang diberikan ibubapa kepada si anak selepas lahir,
semua itu adalah dari satu ruang lingkup yang sama. Tanggungjawab dari Allah untuk dua insan bertuah yang diberi peluang untuk bergelar ibu dan bapa.

Orang lihat mudah, tapi sebenarnya tidak.
Sering tersungkur dan tersadung.
Rasa kecewa dengan diri.
Namun bangkitlah duhai ibu, sedarlah wahai bapa.
Kerana di mata anak-anak, kita adalah insan terhebat!



-Maisa Ishak-
Didikan Terbaik Bermula Dari Rumah

Monday, May 13, 2019

Theme: 25 Prophets mentioned in Al-Quran


Alhamdulillah,

Hari ini berkesempatan mencari dan menyediakan bahan rujukan untuk tema: 25 Rasul



Sumber Rujukan:
1. Rahmah Muslim Homeschool
2. Video Raihan: 25 Rasul
3. WordSearch Puzzle Maker

Saturday, March 23, 2019

Bila Waktu Sesuai Ajar Anak Membaca?


Ini kisah anak ketiga kami. Muhammad Naufal. 

Untuk dua anak teratas, Mai mula ajar membaca secara istiqamah beberapa bulan sebelum mereka ke taska. Bermakna sebelum 5 tahun kedua-duanya sudah boleh membaca ayat ringkas dalam bahasa dan English. Mai tak setkan target yang tinggi untuk mereka, cukup untuk kenal suku kata ringkas bagi memudahkan para pengajar di taska nanti. Kaedahnya juga berbeza kerana kedua-duanya sudah kenal huruf.
Naufal berbeza kerana, ketika ini kami sudah berkenalan dengan Glenn Doman. Huruf tiada significant dalam kebolehan anak membaca. Sebaiknya galakkan anak membaca dengan kefahaman terhadap perkataan itu sendiri.

Kami pernah cuba flash cards dan suku kata phonics, tapi tidak istiqamah. Namun baru-baru ini, Naufal sering mengusung buku cerita Didi dan mengajak saya membaca bersama. Dan satu hari dia meminta untuk ajarnya membaca.

Di sini kuncinya. Anak sudah tahu, dia nak membaca. Dia perlu tahu kenal perkataan-perkataan dari buku tersebut untuk membaca. Dari sini jika betul rangsangannya dia akan semakin berminat dan prosesnya lebih mudah.




Jika anak kawan-kawan sudah menunjukkan minat untuk membaca, tidak kira berapa pun usianya. Terus mulakan. Ketika ini minatnya di tahap tertinggi. Jangan sia-siakan ya.
Next post Mai ceritakan bagaimana Mai mulakan dengan bacaan Naufal dengan buku ini.

Sunday, February 24, 2019

Mencari Pelangi Selepas Hujan

24 Feb 2019

Semalam sempat meluangkan masa menghadiri kelas online Pengurusan Stress dari Ustazah Ainon. Ini beberapa nota menarik yang Mai nak simpan untuk bekalan diri sendiri di masa hadapan.

Bagaimana reaksi kita apabila berhadapan dengan masalah menunjukkan keperibadian kita.

Orang yang cemerlang menganggap masalah ini sebagai peluang untuk meningkatkan diri mereka.

Manakala orang yang kurang cemerlang terkepung dengan masalah itu sendiri.

Ketenangan adalah perkara yang paling diperlukan apabila berdepan dengan masalah.

 Allah SWT said:

 الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 

"[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -" (QS. Al-Mulk 67: Verse 2)


Hidup dan mati adalah ujian buat kita bagi menentukan siapakah dari kita yang baik amal ibadahnya. Dunia ini ladang ujian, tempat mengumpul pahala sebagai saham di akhirat kelak.


Nota Maisa,Mencari Pelangi Selepas Hujan,Nota Mama,Pengurusan Masalah,Stress,Self-Help

Friday, September 16, 2016

Bila Allah Jentik Hati Kita..

Assalamualaikum.. buat pembaca yang budiman semua..

Sedikit coretan tentang pengalaman AidilAdha kami tahun ini 2016, yang tidak seperti yang dirancang.


Lebih kurang 2 tahun lepas, kami telah diuji. Ujian yang pada kami dah cukup berat. Walaupun ada orang lain yang diuji lebih berat dan teruk lagi dari kami.

Alhamdulillah, berkat kasih sayang Allah dan doa rakan-rakan serta ahli keluarga, kami berjaya melaluinya dan bangkit meneruskan hidup dengan sebaiknya sehingga hari ini.

Tahun ini, 2016.
Sehari sebelum AidilAdha.
Ketika umat Islam menanti tibanya waktu Wukuf.
Di mana langit terbuka menerima apa saja jenis doa.
Allah hadirkan hanya sedikit.
Ya, hanya secebis sahaja dari kenangan dari 2 tahun lepas.


Kami suami isteri buntu, terkedu, takut.
Allahuakbar.
Hati ini menangis.

Namun Allah juga hadirkan rakan-rakan yang MashaAllah hebat pemikiran mereka.
Mereka tegur.
Mereka pesan.

Lihatlah Mai dan suami.
Allah mahu kamu berdoa sebaik-baiknya waktu ini.
Allah mahu kamu manfaatkan waktu-waktu ini sebaiknya.

Berdoa lah.
Sujud lah.
Menangis lah.
Hanya di hadapan Allah.

Allah Maha Mendengar.



Salam Sayang,
Maisa Ishak
Tarbiyah dari Anak Kecil


Friday, August 19, 2016

Betulkah Allah Kasih?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sungguh Allah benar-benar kasih dan sayang pada kita.
Cara Allah sampaikan sayangNya berbeza untuk setiap orang.
Tak Sama.
Cuma kita.
Mampu ke Faham dan Rasai Kasih SayangNya itu?


Saya ni, passion sungguh pada 2 perkara ini, Jika diberi waktu yang lama dalam dua bidang ini. Memang saya boleh tak ingat dunia.. depan laptop je la kerjanya..

1. Bidang programming. (Alhamdulillah belajar dan bekerja dahulu dalam bidang kecintaan ini)
2. Bidang Parenting, terutamanya Pendidikan Awal Anak. (Alhamdulillah diberi peluang bergelar ibu dan diberi anak-anak yang pelbagai karakter untuk dipelajari)


Nikmat mana lagi yang saya dustai?
Allahuakbar,

Ingat lagi artikel saya yang lepas mengenai DIY-File-On-The-Go. File ini sesuai juga untuk ibubapa yang struggle untuk mengelakkan gajet daripada anak-anak.

Saya tak salahkan ibubapa yang beri gajet.
Saya tahu, setiap orang cabarannya berbeza.

Ada yang belum sampai ilmunya.
Ada yang tidak dapat pasangan yang boleh bekerjasama.
Ada yang tidak dapat kawal anak-anak dan gajet ketika di rumah orang atau saudara.
Dan bermacam-macam lagi...


Apa pun cabarannya, saya KASIHAN satu ja..
ANAK-ANAK.
Saya rasa ibubapa ini pun begitu juga, rasa bersalah tapi beri juga..
Dah firm dah tapi depan keluarga lain, terpaksa tahan hati.

Bab ini memang saya tak sampai hati.

Maka malam ni gigih bantu seorang ibu cari printable aktiviti yang sesuai untuk anak-anaknya.
Mudah-mudahan sampai kasih sayang Allah ini kepadanya. Dan disalurkan khas untuk anak-anaknya yang tercinta.



Nanti saya sambung post berkenaan DIY-File-On-The-Go untuk rakan saya ini. Tengah kerah idea ni. :)

Maisa Ishak
Didikan Terbaik Adalah dari Rumah.

Tuesday, August 16, 2016

KONSEP RUANG DAN TEMPAT: Pengenalan

"TRIANGLE!"

.

Biasanya selepas kita dengar atau baca perkataan ini, automatik kita dapat menggambarkan bentuk segitiga.

.

.
Apa itu spatial thinking??
===================

Kebolehan menggambarkan objek atau bentuk di dalam fikiran kita.

~Spatial mengikut kamus bermaksud ruang.
Ia berkaitan dengan ruang dan hubungkait di antara objek-objek di dalamnya.~

.

Perhatikan situasi ini:

  • Arkitek yang ingin mencipta lakaran dan senibina bangunan.


  • Jurutera yang bakal merekacipta sesuatu objek yang boleh melipat kain.


  • Jurutera komputer yang boleh mereka aplikasi permainan di telefon pintar.

  • Pakar kimia yang mampu membayangkan DNA molekul yang berpintal secara maya.


Ini adalah di antara pekerjaan yang memerlukan kebolehan visual yang tinggi.

.

Kita boleh melakukan stimulasi awal kepada anak-anak dengan mendedahkan dengan permainan atau aktiviti yang bersesuaian.

.

Untuk apa?

.

Anak yang mempunyai spatial thinking yang tinggi mempunyai kemahiran manipulatif (terutamanya dalam bidang sains dan matematik) yang kuat seawal usia.

.

Penting sangatkah kemahiran manipulatif ini?

.

Ya. Penting.

.

Anak yang mempunyai kemahiran manipulatif yang tinggi kebiasaannya mendapat pakej ini bersama:

  • Kefahaman yang tinggi tentang sesuatu masalah
  • Kebolehan menyelesaikan masalah


.

Topik ini luas sebenarnya, saya pun tidak puas membacanya.
InsyaAllah semoga sedikit info ini dapat dijadikan panduan untuk pembaca sekalian.



Maisa Ishak
Didikan Terbaik Adalah Dari Rumah

Konsep Ruang dan Tempat (Spatial Concept)



Post ini merupakan kesinambungan dari hasil tulisan dan bacaan saya yang pernah dikongsikan di page Didik Anak Jadi Hebat. Namun ada sedikit perubahan serta penambahan. Al maklum la, proses pembelajaran ini berterusan. Bukan hanya pada anak-anak, mak-mak juga perlu belajar. Mungkin kurang pada waktu itu, maka saya tambah atau tukar mengikut informasi terbaru yang saya peroleh.

Saya kongsikan artikel-artikel berkaitan Konsep Ruang dan Tempat bagi memudahkan pembaca blog ini.

Apa itu Konsep Ruang dan Tempat?

Mental Rotation

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk merangsang kebolehan berkaitan konsep ini.
Rangsang Daya Fikir.



Rujukan penulis:
- http://www.parentingscience.com/spatial-intelligence.html
- http://www.fabbs.org/fabbs-foundation/education-resources/science-communications/the-benefits-of-spatial-thinking/
- http://www.parentingscience.com/spatial-skills.html




Maisa Ishak
Didikan Terbaik Adalah Dari Rumah